Thursday, August 27, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Salam sejahtera. Pada 22 Ogos 2009 seluruh umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang penuh dengan keberkatan. Sebulan ini kita akan menjalani ibadah puasa dan beramal dengan amalan-amalan sunat seperti Tarawih dan Tadarus Al-Quran. Semoga amalan puasa pada tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Di kesempatan ini, unit Hal Ehwal Peserta ELTC ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam yang membaca blog ini. Saya menyeru diri saya dan saudara semua agar merasakan nikmat ibadah pada bulan yang mulia ini. Cubalah untuk mengkhatamkan Al-Quran yang akan menjadi istana untuk kita di akhirat kelak. InsyaAllah. walaupun dalam kesibukan bekerja, kita perlu mencari masa untuk melakukan ibadah tambahan tersebut. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik berganda buat kita di bulan puasa ini. Keikhlasan dalam menjalani ibadah adalah satu nikmat yang tidak terucap indahnya. Hanya yang perlu saya dan saudara lakukan adalah mencari nikmat itu agar kita merasai Allah sentiasa hampir dengan kita yang serba kekurangan ini. InsyaAllah....