Friday, October 30, 2009

English for Early Childhood Education (EECE)

ELTC telah melakar sejarah sekali lagi apabila telah melancarkan satu lagi kursus Bahasa Inggeris yang memfokus kepada kanak-kanak berusia 1 - 5 tahun. Kursus ini dinamakan English for Early Childhood Education (EECE). Seramai 24 orang guru-guru dari sekolah rendah seluruh negara telah terpilih menjadi pengasas kepada kursus ini. Mereka akan mendapat kursus yang berkaitan dalam bidang awal kanak-kanak di Singapura selama sebulan. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin bin Hj. Mohd Dom telah merasmikan kursus ini pada 29 Oktober 2009 di English Language Teaching Centre, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Dato' Asariah bin Meor Shaharuddin dan Ketua Penolong Pengarah Latihan Pembangunan Staf, En. Zainun bin Johari. Dalam ucapan Tan Sri KPPM, beliau telah mengingatkan semua peserta kursus EECE menimba ilmu sebanyak mungkin sewaktu berkursus di Singapura bersesuaian dengan peranan mereka sebagai kumpulan pertama yang mendapat pendedahan kursus ini di ELTC. Harapan Tan Sri KPPM agar mereka mampu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga ke tahap doktor falsafah dalam bidang ini. Untuk itu, seluruh warga ELTC ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri KPPM dan Dato' TKPPM kerana sudi datang ke ELTC untuk merasmikan EECE. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua peserta kursus EECE kerana telah diberi kepercayaan untuk meneruskan agenda pendidikan negara yang berhasrat menjadikan pendidikan negara ini sebagai pendidikan yang berkualiti dan terulung di rantau Asia ini juga terhebat di dunia.

Tuesday, October 20, 2009

BORANG PRESTASI PESERTA KSPK

PRESTASI PESERTA KSPK 2009 AKAN DINILAI OLEH PIHAK ELTC DAN AKAN DILULUSKAN OLEH BAHAGIAN TAJAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. JUSTERU, BORANG PRESTASI YANG AKAN DIGUNAKAN ADALAH P.S.D. FORM (Performance) 6/93 YANG BOLEH DIDAPATI DARIPADA LAMAN WEB INI. SILA KLIK DI BORANG-BORANG HEP UNTUK MENCETAK BORANG PRESTASI TERSEBUT. PESERTA KSPK DIKEHENDAKI MELENGKAPKAN BORANG TERSEBUT DAN MENGHANTAR BORANG YANG TELAH LENGKAP DIISI KEPADA PEGAWAI HAL EHWAL PESERTA SELEWAT-LEWATNYA 20 NOVEMBER 2009. HARAP MAKLUM.

ELAUN PERJALANAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA KSPK 2009, ELAUN PERJALANAN DARI ELTC KE SEKOLAH SETELAH TAMAT KURSUS HENDAKLAH DIBUAT DI ELTC. BORANG TUNTUTAN BOLEH DIPEROLEH DARIPADA PEGAWAI HAL EHWAL PESERTA MULAI 9 NOVEMBER 2009. ELAUN TUNTUTAN MEMBAWA BARANG PERLU DIBUAT DI SEKOLAH MASING-MASING.

Thursday, October 15, 2009

HAPPY DEEPAVALI

UNIT HEP ELTC DAN SELURUH STAF ELTC MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN DEEPAVALI KEPADA SEMUA STAF ELTC DAN SEMUA PESERTA KURSUS YANG BERAGAMA HINDU. SEMOGA HARI PERAYAAN INI AKAN MEMBERI MAKNA YANG SANGAT BERHARGA UNTUK ANDA SEMUA.

Thursday, October 8, 2009

ASRAMA ELTC

English Language Teaching Centre ada menyediakan tempat penginapan untuk para peserta kursus. Kami mempunyai 8 buah apartment yang boleh memuatkan 80 orang peserta kursus dalam satu masa. Setiap apartment mempunyai 5 buah bilik iaitu 1 bilik seorang, 3 bilik 2 orang dan 1 bilik untuk 3 orang 3 bilik air dalam apartment yang sama. Apa yang ingin dinyatakan di sini adalah keselesaan yang peserta kursus perolehi apabila menginap di asrama ELTC. Selain itu, di blok asrama ini juga mempunyai 1 dewan yang dijadikan bilik rehat yang merupakan bilik pelbagai guna. Selain itu, para peserta kursus juga boleh mengakses internet dengan percuma di bilik ini kerana ELTC menyediakan kemudahan wireless internet. Walau bagaimanapun, peserta kursus yang akan menginap di sini diminta untuk membawa kemudahan asas diri seperti sabun dan tuala mandi kerana ia tidak disediakan di sini. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang asrama ELTC, di sini dilampirkan gambar-gambar asrama ELTC dari pelbagai sudut untuk makluman semua.
Pemandangan blok Asrama ELTC
Dewan A atau Bilik Rehat
Ruang tetamu
Bilik untuk 2 orang
Bilik untuk seorang
kemudahan yang terdapat di asrama.

Wednesday, October 7, 2009

PENGUMUMAN PENTING UNTUK PESERTA KURSUS

Sekiranya anda ingin menginap di asrama English Language Teaching Centre, anda dimohon memuat turun perkara di bawah:

1. Peraturan Asrama ELTC dan Aku Janji Penghuni
2. ELTC Hostel Occupants checklist.

Muat turun ini boleh dibuat di sini : http://hepeltc.wordpress.com/borang-borang-hep-eltc/