Monday, December 7, 2009

PERLEMBAGAAN KELAB SURIA

Kepada semua ahli kelab SURIA, anda dimohon untuk membaca perlembagaan Kelab yang telah diubah suai oleh AJK Kelab SURIA sesi 2009/2010. Sila klik di laman web https://hepeltc.wordpress.com. Sila membuat undian pada ruangan disebelah untuk menyatakan persetujuan anda mengenai perlembagaan Kelab SURIA yang baru dan persetujuan anda untuk mendaftarkan Kelab Suria. Sekian, terima kasih.

PENEMPATAN SEMULA KSPK 2009

Minggu lepas, peserta KSPK telah mendapat surat penempatan semula ke sekolah daripada Bahagian Sekolah, Kementerian pelajaran Malaysia. Semoga mereka berjaya menjadi guru yang terbaik setelah mereka memperoleh ilmu yang banyak semasa berkursus di ELTC ini. Namun, terdapat juga berita bahawa ada di antara peserta kursus ini telah ditukarkan ke negeri lain selain negeri yang mereka pohon. Ini sedikit sebanyak telah mendatangkan kesulitan kepada mereka kerana mereka telah mempunyai keluarga dan telah membeli rumah di tempat lama mereka mengajar. Untuk makluman peserta KSPK 2009, ELTC telah menerima salinan surat daripada Bahagian Tajaan kepada Bahagian Sekolah No. ruj: KP(BB)700-2/1.jld 7(10) yang memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai halangan dan menyokong permohonan peserta kursus yang perlu diberikan penempatan semula yang sewajarnya.Oleh itu, diharapkan peserta-peserta kursus yang mendapat penempatan di negeri lain, sila berhubung terus dengan Bahagian Sekolah. Pihak ELTC tidak mempunyai sebarang kuasa dalam bidang tersebut. Harap maklum.