Monday, November 30, 2009

Selamat Pulang Peserta EECE

Setelah sebulan berkursus di Singapura, pada hari Khamis yang lalu iaitu 26 November 2009, peserta-peserta ini telah menamatkan kursus mereka dengan jayanya dan telah selamat kembali ke sini. Justeru, Unit HEP ELTC ingin merakamkan tahniah di atas kejayaan peserta-peserta kursus ini menamatkan kursus EECE tersebut tanpa mengalami sebarang masalah. Selepas ini mereka akan kembali menyambung kursus di ELTC.

Monday, November 23, 2009

BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT BUAT TP

Pada 13hb November yang lalu, Timbalan Pengarah ELTC, YM Raja Azizah Hanim Raja Abd Aziz telah berangkat menunaikan haji ke tanah suci Mekah. Sehubungan itu, Kelab SURIA ELTC telah mengambil inisiatif mengadakan majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk beliau. Kami di ELTC mengiringi pemergian beliau menunaikan ibadah Haji dengan doa agar beliau selamat sampai ke sana. Majlis bacaan Yasin ini diketuai oleh En. Mohd Razali bin Mat Zain dan doa pula dibacakan oleh En. Rosdi bin Haron. Semoga YM Raja dapat menunaikan Haji dengan mudah dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T sewaktu beliau di sana. Kami semua mendoakan agar YM Raja mendapat Haji yang Mabrur dan selamat kembali ke tanah air. InsyaAllah. Antara staf yang hadir En. Mohd Razali mengetuai bacaan Yasin Masing-masing khusyuk membaca Yasin

En. Rosdi membacakan doa selamat untuk YM Raja.

Wednesday, November 11, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KSPK..

Unit HEP ELTC dan seluruh warga ELTC mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan untuk peserta KSPK yang akan menghadapi peperiksaan akhir pada 12 dan 13 November 2009. Semoga anda semua berjaya. Anda semua peserta yang hebat dan berdisplin. Good Luck!

PENEMPATAN KSPK...

Untuk makluman peserta KSPK, Pegawai HEP telah menelefon En. Razi dan beliau telah memaklumkan bahawa penempatan semula KSPK ke sekolah akan dibuat oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan penempatan biasanya dibuat melalui surat yang akan dihantar terus kepada peserta kursus sebelum bermulanya sesi persekolahan 2010. Untuk makluman semua, Bahagian Tajaan telah menghantar permohonan penempatan saudara-saudari ke Bahagian Sekolah. Harap bersabar. Walau bagaimanapun, saudara-saudari boleh bertanya kepada Pn. Zalina (Bahagian Tajaan) di talian 03-88847119 untuk maklumat lanjut. Sekian dimaklumkan.

Drama Peserta KSPK 2009

Pada 30 Oktober yang lalu, peserta Kursus Sijil Perguruan Khas 2009 telah mengadakan persembahan drama sebagai syarat berkursus. Tajuk drama mereka adalah 1 MALAYSIA. Tema drama mereka ini adalah perpaduan rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui perayaan tiga kaum yang terbesar di negara ini. Tahniah kepada peserta KSPK yang telah dapat menunjukkan persembahan yang hebat. Rupa-rupanya guru-guru ini mempunyai bakat besar dalam lakonan. Semoga dapat diterjemahkan kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah.

Perayaan pelbagai kaum

Antara pelakon yang berbakat Meriah.....

BERANGKATNYA PESERTA EECE KE SINGAPURA

Pada 1November yang lalu, peserta EECE telah berangkat ke Singapura untuk menerima ilmu dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka telah menaiki bas ke sana bersama Cik Elaine Phang yang bertindak sebagai penyelaras/pelapor/peserta kursus.
Bas yang dinaiki oleh peserta kursus
Mereka akan ke sana selama sebulan. Diharapkan mereka akan mendapat ilmu tersebut bersesuaian dengan peranan yang akan mereka mainkan iaitu sebagai tenaga pelatih dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak khusus dalam Bahasa Inggeris.
Peserta kursus menaiki bas.
Antara peserta kursus yang berada di dalam bas
Tahniah dan selamat kembali.
Dr. Yeow Poh Wha sedang memberikan taklimat ringkas sebelum bas bertolak.