Thursday, January 6, 2011

KURSUS C-PELT PADA 14 FEBRUARI HINGGA 27 MEI 2011

Kursus Certificate in the Practice English Language Teaching (C-PELT) akan diadakan di 3 buah pusat mengikut negeri iaitu:


1.     English Language Teaching Centre (ELTC), Lembah  
        Pantai Kuala Lumpur. 
        Pengambilan kursus untuk guru-guru di negeri Perak, 
        Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka.


2.    Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) 
       Temerloh 
       Pengambilan kursus untuk guru-guru di negeri Kelantan, 
       Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.


3.    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sarawak 
       Pengambilan kursus untuk guru-guru di negeri Sarawak 
       sahaja.


Kursus ini akan dijalankan serentak mulai 14 Februari hingga 27 Mei 2011.


Kepada guru-guru yang telah terpilih mengikuti kursus ini di English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur, pendaftaran asrama adalah pada 13 Februari 2011 bermula jam 2 petang hingga jam 6 petang sahaja. 


Sebelum datang ke ELTC untuk pendaftaran asrama sila muat turun BORANG PENDAFTARAN MASUK DAN KELUAR ASRAMA di sini


Sekiranya tuan/puan membawa kereta semasa berkursus, sila muat turun TEMPLET PAS KENDERAAN di sini sebelum memasuki asrama ELTC. Ini adalah untuk memudahkan tuan/puan membawa masuk kenderaan ke asrama ELTC nanti.