Monday, December 7, 2009
PERLEMBAGAAN KELAB SURIA
PENEMPATAN SEMULA KSPK 2009
Monday, November 30, 2009
Selamat Pulang Peserta EECE
Monday, November 23, 2009
BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT BUAT TP
Antara staf yang hadir
En. Mohd Razali mengetuai bacaan Yasin
Masing-masing khusyuk membaca Yasin
Wednesday, November 11, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KSPK..
PENEMPATAN KSPK...
Drama Peserta KSPK 2009
BERANGKATNYA PESERTA EECE KE SINGAPURA
Friday, October 30, 2009
English for Early Childhood Education (EECE)
Tuesday, October 20, 2009
BORANG PRESTASI PESERTA KSPK
ELAUN PERJALANAN
Thursday, October 15, 2009
HAPPY DEEPAVALI
Thursday, October 8, 2009
ASRAMA ELTC
Wednesday, October 7, 2009
PENGUMUMAN PENTING UNTUK PESERTA KURSUS
1. Peraturan Asrama ELTC dan Aku Janji Penghuni
2. ELTC Hostel Occupants checklist.
Muat turun ini boleh dibuat di sini : http://hepeltc.wordpress.com/borang-borang-hep-eltc/
Wednesday, September 30, 2009
SELAMAT DATANG PESERTA-PESERTA 6 MINGGU TAMBAH OPSYEN
Wakil peserta sedang memberikan ucapan
Majlis Perasmian kursus ini telah dijalankan pada hari kedua peserta ini berada di sini iaitu pada 29 September 2009. Bertempat di bilik yang sama (E & L), majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah ELTC iaitu Y.M. Raja Azizah Hanim bt. Raja Abdul Aziz. Antara lain yang dinyatakan oleh Timbalan Pengarah dalam ucapan perasmian beliau adalah berkaitan dengan ilmu baru yang diperoleh oleh peserta kursus yang boleh digunakan oleh mereka untuk mendidik anak-anak murid di sekolah dengan lebih berkesan.
Y.M Raja Azizah Hanim bt. Raja Abdul Aziz sedang menyampaikan ucapan perasmian.
Antara ahli akademik yang hadir
Ketua Jabatan turut serta dalam majlis perasmian ini.
Unit Hal Ehwal Peserta ELTC dan seluruh warga ELTC mengucapkan selamat datang dan selamat berkursus kepada semua peserta 6th Week Conversion Bahasa Inggeris untuk guru-guru sekolah rendah yang berkursus di sini. Semoga mereka semua menjadi guru yang cemerlang dan sukses dalam kerjaya. Sekian.
Semoga berjaya untuk semua peserta kursus 6 Minggu Tambah Opsyen Bahasa Inggeris
Tuesday, September 22, 2009
PERSIAPAN HARI RAYA
Thursday, September 17, 2009
Majlis Berbuka Puasa
Apa yang boleh dirumuskan di sini, majlis ini hanyalah sebagai alat namun apa yang penting adalah pengisian majlis ini yang sangat bermakna. Berbuka bersama, bersolat bersama dan makan malam bersama. Mungkin tahun depan kita akan mengadakan majlis ini dengan lebih besar lagi. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Pengerusi Kelab Staf dan Ahli Jawatankuasanya yang telah berusaha untuk merealisasikan majlis ini. Banyak perkara yang boleh ditafsirkan melalui majlis ringkas ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Antara staf ELTC yang hadir pada hari tersebut.
Kemeriahan terasa bersama dengan keluarga staf ELTC yang hadir.
Tuesday, September 15, 2009
MENGHORMATI YANG TUA MENYAYANGI YANG MUDA
- Jika ditanya, jawab dengan sopan
- Jika ditegur, menerima dengan terbuka
- Jika bercakap dengan yang lebih tua, pandang pada wajahnya
- Jika bergurau jangan lupa adabnya
- Jika melahirkan rasa tidak puas hati, nyatakan dengan suara yang sederhana
Kepada yang lebih tua, sayangilah yang muda. Mungkin kita lupa bahawa ego kita menjadikan mereka jauh daripada kita dan lupa nilai kasih sayang yang tersirat dalam setiap tunjuk ajar kita.
- Jika menegur, tegurlah dengan berhemah
- Jika mendidik, didiklah dengan suara yang lembut atau sederhana
- Jika hati rasa terluka kerana salah perlakuan yang muda, nyatakan kepada mereka dengan ikhlas dan berhemah.
Apa yang diharapkan agar setiap staf ELTC memahami makna Menghormati Yang Tua dan Menyayangi Yang Muda agar persefahaman, rasa penghormatan dan kasih sayang antara kita warga ELTC diteruskan dan ditingkatkan dari masa ke semasa.
Thursday, August 27, 2009
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Tuesday, July 21, 2009
TERIMA KASIH EN. HASBULLAH (ROY)
Pada 17 Julai 2009, Kaunselor Pentadbir ELTC iaitu Mr. Ramesh telah menganjurkan ceramah yang bertajuk Sentuhan Kemanusiaan. Penceramah yang dijemput adalah En. Hasbullah b. Hj. Abu Kassim (Roy) iaitu kaunselor dari Unit Kaunseling dan Keutuhan Bahagian Pendidikan Guru. Sekalung tahniah diucapkan kepada en. Roy kerana telah memberikan ceramah ini dengan begitu menarik sekali. Melalui aktiviti yang dijalankan, muzik iringan lagu alleycats dan intonasi suara yang pelbagai telah berjaya menarik perhatian staf ELTC yang hadir pada hari tersebut. Kebanyakan staf yang telah hadir memberikan komen yang positif terhadap ceramah yang disampaikan oleh en. Roy.
Tahniah sekali lagi kerana sedikit sebanyak telah mengukuhkan lagi pandangan positif staf ELTC terhadap peranan kaunselor dalam membentuk perhubungan interpersonal sesama insan. Ternyata pengalaman, kemahiran dan ilmu kaunseling yang dimiliki en. Roy telah digabungjalinkan dengan begitu baik sewaktu menyampaikan ceramah.
Satu lagi kekuatan yang saya lihat pada en. Roy adalah beliau bercakap dari hati ke hati dan keikhlasan itu telah turut meninggalkan kesan di hati audien yang mendengarnya. InsyaAllah lain kali ELTC ingin menjemput lagi en. Roy ke sini dalam program yang lain pula. Terima kasih sekali lagi.
En. Hasbullah menerima cenderahati daripada Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan Pn. Farah Mardhy bt. Aman.
Tuesday, July 7, 2009
SELAMAT MENJALANI PRAKTIKAL KSPK 2009
Saturday, June 27, 2009
Kempen 3K dari FOMCA
Tuesday, June 9, 2009
Tahniah Graduan KSPK 2008

Pada 29 Mei 2009, buat kali pertamanya English Language Teaching Centre telah mengadakan Konvokesyen untuk peserta Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) 2008. Penganjuran Konvokesyen Zon Tengah yang telah diadakan di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya telah dibuat oleh Bahagian Pendidikan Guru. Sebanyak 7 IPG yang terlibat iaitu ELTC, IPG Bahasa Antarabangsa, IPG Ilmu Khas, IPG Bahasa Melayu, IPG Teknik, IPG Islam dan IPG Raja Melewar. Penyertaan kali pertama ELTC dalam konvokesyen berpusat ini memberikan kenangan manis kepada 11 orang graduan KSPK 2008 kerana mereka adalah 'batch' pertama KSPK dari ELTC yang menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Penglibatan dan komitmen semua IPG yang terlibat membawa makna setia kawan dan toleransi antara IPG Zon Tengah. Semoga Kalobarasi ini akan diteruskan pada masa akan datang. Tahniah IPG Ilmu Khas selaku pengerusi konvokesyen ini kerana telah berjaya mengadakan konvokesyen ini dan terima kasih BPG kerana keprihatinan memberikan peluang kepada kami di ELTC melibatkan diri bersama dalam menjayakan agenda yang sangat bermakna ini.
Tuesday, June 2, 2009
KATA ALUAN
SELAMAT DATANG KE UNIT HAL EHWAL PESERTA ELTC
Unit HEP ELTC berbeza daripada mana-mana unit HEP IPG yang lain kerana unit ini tidak mengendalikan peserta kursus sebelum perkhidmatan (pre-service). Unit ini hanya menguruskan peserta-peserta kursus dalam perkhidmatan (in-service) yang mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan Bahasa Inggeris di institusi ini. Sehubungan itu, unit ini hanya mempunyai dua orang kakitangan yang bertugas iaitu Cik Norisham bt. Hj. Abd. Ghani yang bertindak sebagai Pegawai Hal Ehwal Peserta dan En. Subki b. Abdul Halim yang menjadi Penyelia Asrama juga merangkap Warden.
Pada tahun 2009 ini, Kursus jangka panjang yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru kepada ELTC adalah Kursus Sijil Perguruan Khas – TESL. Justeru, pada masa ini kami mempunyai 10 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Menengah. Mereka ini dilatih oleh pensyarah-pensyarah yang pakar dalam Bahasa Inggeris yang menjadi tunjang pengkhususan institusi ini.
Sungguhpun unit HEP hanya berurusan dengan 10 orang peserta yang menjalani kursus jangka panjang di ELTC, namun unit ini juga turut berurusan dengan peserta-peserta kursus pendek yang dijalankan sepanjang tahun. ElTC mempunyai asrama sendiri yang menjadi tempat untuk guru-guru yang berkursus menginap semasa kursus dijalankan. Asrama ini mampu menempatkan 80 orang peserta dalam satu masa. Asrama 7 tingkat ini mempunyai 8 apartment yang boleh digunakan untuk penempatan peserta. Setiap apartment mempunyai 5 buah bilik yang boleh menempatkan 10 orang peserta. Inilah uniknya asrama ELTC kerana walaupun ia berstatus asrama, namun rupa bentuk asrama tersebut lebih kepada apartment yang luas dan selesa. Setiap kali kursus-kursus ini dijalankan, penyelia asrama akan bertindak sebagai pegawai yang mendaftar kemasukan peserta di asrama (khusus untuk peserta di luar Kuala Lumpur). Pendaftaran ini biasanya dilakukan di dalam Dewan A Asrama ELTC. Selain itu, sebelum kursus dimulakan, seringkali Pegawai Hal Ehwal Peserta memberi taklimat“housekeeping” secara ringkas mengenai prosedur dan peraturan tinggal di asrama. Ini bertujuan untuk memudahkan peserta memahami prosedur di asrama. Selain itu, perkenalan peserta dengan Pegawai Hal Ehwal Peserta adalah penting kerana peserta boleh terus berjumpa dengan pegawai HEP sekiranya wujud masalah yang berkaitan dengan asrama, masalah interpersonal atau intrapersonal peserta selama berkursus di sini. Ini menunjukkan keprihatinan kami di ELTC atas kebajikan para peserta yang datang berkursus di tempat kami.
Selain itu, ELTC juga mempunyai WIFI yang boleh digunakan secara percuma oleh peserta kursus. Namun, ia hanya boleh digunakan di bilik rehat dan sebahagian apartment sahaja terutama di bilik aras 2. Sungguhpun demikian, kami percaya ia mampu memberi kemudahan kepada peserta yang datang berkursus di sini.
Sekiranya peserta kursus ingin mendapatkan apa-apa maklumat mengenai asrama ELTC, peserta boleh menelefon ke talian 03-22822888 sambungan 130 dan bercakap dengan Pegawai Hal Ehwal Peserta. Kami sedia membantu anda. 








