Friday, January 22, 2010

KURSUS PENGENALAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2008

Kursus ini telah diberikan oleh Tn. Hj. Mohd Nor bin Usop, Ketua Penolong Pengarah, Unit Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan Guru kepada semua warga ELTC pada 21 Januari 2010. Kursus ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Melalui kursus ini, kefahaman warga ELTC terhadap pengurusan Kualiti ISO semakin jelas. Justeru, kami mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd Nor dan mengharapkan kursus Pengurusan Kualiti ISO ini akan terus diadakan lagi pada masa akan datang untuk menambahkan lagi pemahaman kami berkaitan dengannya.

Wednesday, January 20, 2010

Kursus-Kursus di ELTC

Pada bulan Februari ini akan ada beberapa kursus yang akan dianjurkan oleh ELTC.

Antaranya adalah English For Early Childhood Education yang akan diadakan pada 7 hingga 11 Februari 2010. Pendaftaran di asrama pada 7 Februari bermula jam 2 hingga 4 petang sahaja. Seramai 24 orang peserta kursus akan menginap di Asrama ELTC pada tarikh berkenaan.

Selain itu, 3 kursus lagi diadakan pada tarikh yang hampir sama iaitu:

1.   Proficiency For Primary & Secondary Phase 1 (9 - 11 Februari 2010)
      Pendaftaran Asrama adalah pada 8 Februari jam 2 hingga 4 petang.

2.   Pedagogy Enhancement for Secondary Phase 1 (9 - 11 Februari 2010)
      Pendaftaran Asrama adalah pada 8 Februari jam 2 hingga 4 petang.

3.   Pedagogy Enhancement for Primary Phase 1 (9 -11 Februari 2010)
      Pendaftaran Asrama adalah pada 8 Februari jam 2 hingga 4 petang.

Makluman kepada semua peserta yang akan menginap di Asrama ELTC. Sila klik di sini

Thursday, January 14, 2010

PERHATIAN PESERTA KURSUS

Sekiranya anda berkursus di ELTC dan perlu penginapan sila klik di sini

Tuesday, January 5, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KSPK 2009 DAN 6th WEEKS CONVERSION

Makluman kepada semua peserta KSPK 2009 dan 6th Weeks Conversion bahawa keputusan peperiksaan anda telah keluar. Unit Peperiksaan ELTC akan menghantar keputusan peperiksaan tersebut terus ke rumah anda atau ke sekolah anda (sekiranya anda masih berasa di sekolah lama). Sekiranya anda mempunyai soalan mengenainya sila hubungi Pn. Haniza bt. Mohd Yusoff di talian 03-22822888 sambungan 122. Untuk makluman peserta KSPK, prestasi anda bagi tahun 2009 akan dibuat oleh Bahagian Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan berkemungkinan keputusan prestasi tersebut akan lewat diterima oleh tuan/puan. Sekian untuk makluman anda.

LAWATAN PENGARAH BPG KE ELTC

Semalam (4 Januari 2010) ELTC telah menerima lawatan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru iaitu Dr. Khair bin Mohamad Yusof. Kami warga ELTC sangat berbesar hati di atas kesudian Dr. Khair datang ke premis kami yang kecil ini. Pengarah ELTC iaitu Dr. Choong Kam Foong telah memberikan taklimat ringkas kepada Dr. Khair berkaitan dengan visi, misi dan plan strategik ELTC sebagai nadi penggerak dasar MBI (Memperkukuhkan Bahasa Inggeris). Dalam lawatan ringkas ini juga, Dr. Khair telah merasmikan dua buah kelas yang terletak di bangunan asrama ELTC. Sebelum itu, Dr. Khair telah menyampaikan anugerah khas kepada mereka yang menjadi staf lebih daripada 6 tahun berkhidmat di ELTC yang juga merupakan staf yang telah berusaha gigih membangunkan ELTC sewaktu penubuhan awalnya pada 1 Jun 2002 sehingga kini.

SELAMAT PULANG Y.M. Hjh. RAJA AZIZAH HANIM RAJA ABDUL AZIZ

Pada 28 Disember yang lalu, Timbalan Pengarah ELTC Y.M Hjh. Raja Azizah Hanim Raja Abdul Aziz telah selamat kembali bertugas di ELTC setelah menjalani ibadah Haji di Tanah Suci Mekah November yang lalu. Semoga Y.M Hjh Raja telah mendapat Haji yang mabrur di sana dan membawa kembali kenangan indah dan bermakna semasa di sana. Tahniah.

MAJLIS SEND OFF PN. RUBIAH YUSOF

Kelab SURIA ELTC telah menganjurkan majlis ringkas sempena hari terakhir Pn. Rubiah bekerja sebagai penjawat awam yang tamatnya di institusi ini. Majlis Send Off untuk Pn. Rubiah ini diadakan dalam suasana yang ringkas namun pasti memberi makna dan erti kepada Pn. Rubiah. Majlis ini dibuat dengan tujuan ingin menghargai sumbangan beliau sebagai penjawat awam yang telah berkhidmat lama dengan kerajaan Malaysia. Majlis ini telah diadakan pada 24 Disember yang lalu yang dihadiri oleh yang diketuai oleh Dr. Ranjit Singh Gill dan Pn. Ellen Drabble sebagai Ketua Jabatan di ELTC bersama staf-staf yang lain (kebanyakan KJ dan staf akademik telah bercuti panjang pada masa ini). Kami di ELTC mendoakan Pn. Rubiah sejahtera, gembira, dan mempunyai kesempatan yang semakin banyak untuk melakukan ibadah kepada Allah. Pesanan Pn. Rubiah kepada kami yang masih jauh perjalanan sebagai penjawat awam ini akan jadikan panduan. Terima kasih kerana telah berkhidmat dengan setia kepada Kerajaan Malaysia selama 30 tahun.

MAJLIS PERPISAHAN STAF ELTC

Pada 17 Disember 2009 yang lalu,ELTC telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk 4 orang staf ELTC yang telah menangguh/menamatkan khidmat mereka di ELTC.2 orang staf ELTC telah mendapat Hadiah Latihan Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Doktor Falsafah. Tahniah buat Pn. Azlina Ahmad Kamal dan Pn. Joy Quah Yien Ling yang telah berjaya mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tersebut ke luar negara (United Kingdom & New York). Selain itu, ucapan tahniah dan syabas juga diberikan kepada Pn. Kamariah bt. Samsuddin kerana telah bertukar ke IPG Batu Lintang, Sarawak. Semoga beliau semakin sukses di sana. Seorang lagi individu yang telah meninggalkan ELTC adalah Pn. Rubiah bt. Yusof yang telah memilih untuk bersara pilihan. Tahniah yang tidak terhingga kepada Pn. Rubiah yang telah berjaya menjadi kakitangan awam yang berdedikasi selama 30 tahun. Tidak semua antara kita yang mampu menjangkau sebegitu lama berkhidmat dalam sektor awam. Semoga beliau sentiasa sihat dan mendapat manfaat daripada persaraan ini. Tahniah semua.