Friday, October 30, 2009

English for Early Childhood Education (EECE)

ELTC telah melakar sejarah sekali lagi apabila telah melancarkan satu lagi kursus Bahasa Inggeris yang memfokus kepada kanak-kanak berusia 1 - 5 tahun. Kursus ini dinamakan English for Early Childhood Education (EECE). Seramai 24 orang guru-guru dari sekolah rendah seluruh negara telah terpilih menjadi pengasas kepada kursus ini. Mereka akan mendapat kursus yang berkaitan dalam bidang awal kanak-kanak di Singapura selama sebulan. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin bin Hj. Mohd Dom telah merasmikan kursus ini pada 29 Oktober 2009 di English Language Teaching Centre, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Dato' Asariah bin Meor Shaharuddin dan Ketua Penolong Pengarah Latihan Pembangunan Staf, En. Zainun bin Johari. Dalam ucapan Tan Sri KPPM, beliau telah mengingatkan semua peserta kursus EECE menimba ilmu sebanyak mungkin sewaktu berkursus di Singapura bersesuaian dengan peranan mereka sebagai kumpulan pertama yang mendapat pendedahan kursus ini di ELTC. Harapan Tan Sri KPPM agar mereka mampu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga ke tahap doktor falsafah dalam bidang ini. Untuk itu, seluruh warga ELTC ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri KPPM dan Dato' TKPPM kerana sudi datang ke ELTC untuk merasmikan EECE. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua peserta kursus EECE kerana telah diberi kepercayaan untuk meneruskan agenda pendidikan negara yang berhasrat menjadikan pendidikan negara ini sebagai pendidikan yang berkualiti dan terulung di rantau Asia ini juga terhebat di dunia.

No comments:

Post a Comment