Tuesday, February 2, 2010

FACEBOOK UNTUK PESERTA KURSUS ELTC

Unit HEP ELTC mempunyai facebook yang boleh digunakan oleh semua peserta kursus yang telah atau akan mendapat kursus yang dikendalikan oleh English Language Teaching Centre untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mereka berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Unit ini sangat mengharapkan agar semua peserta kursus dapat berkumpul di ruang maya ini (facebook) untuk membentuk satu kumpulan cendekiawan yang dapat memberi manfaat kepada para pelajar kita di sekolah. Mohon semua yang terlibat sebagai peserta kursus kendalian ELTC untuk menyertai facebook hep. Sila invite facebook ini dengan menggunakan email hepeltc@yahoo.com.my. Terima kasih.

Sekiranya anda masih tidak mempunyai facebook, saya mencadangkan agar anda memilikinya melalui laman web http://www.facebook.com/. Sila buat pendaftaran baru di ruangan Sign Up It's free and anyone can join. Ikuti sahaja arahan yang diminta. Tetapi jangan lupa untuk invite facebook hepeltc ini. Selamat mencuba dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment