Monday, September 6, 2010

COURSE of PRACTICE in ENGLISH LANGUAGE TEACHING (C-PELT)

Kursus yang sedang dijalankan adalah Kursus Course of practice in English Language Teaching (C-PELT) yang telah diadakan selama 16 minggu iaitu bermula 9 Ogos hingga 11 November 2010.  Seramai 48 orang peserta kursus yang terlibat menjalani kursus ini di ELTC. Mereka datang dari beberapa buah negeri iaitu  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Kursus ini adalah kursus yang di peruntukkan di bawah program MBMMBI Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan kursus ini adalah untuk menambahkan bilangan guru-guru Bahasa Inggeris di Malaysia. Oleh itu, guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah yang telah mencapai tahap band 5 ke atas dalam Oxford Placement Test, diarahkan menjalani kursus C-PELT ini agar mereka dapat menukar opsyen mereka secara tetap kepada opsyen Bahasa Inggeris. 

No comments:

Post a Comment