Saturday, June 27, 2009

Kempen 3K dari FOMCA

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2009
Pada 26 Jun 2009 (Jumaat), 3 orang pegawai FOMCA telah datang ke ELTC bagi menyampaikan ceramah ringkas yang bertajuk PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA. Ceramah yang bermula pukul 3 petang ini telah memberikan input yang menarik dan berguna kepada warga ELTC mengenai ilmu kepenggunaan. Secara umumnya, ceramah ini mengajak kita untuk berubah menjadi seorang pengguna yang bijak. Bijak memilih pelbagai jenis barangan yang murah tetapi dalam masa yang sama berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, kita juga perlu bijak menggunakan kuasa kita sebagai pengguna. Berikut adalah hak dan peranan kita sebagai pengguna yang boleh dijadikan panduan untuk semua:
i) Hak untuk mendapatkan mendapatkan maklumat
ii) Hak untuk bersuara
iii) Hak untuk mendapatkan ganti rugi (akibat kecuaian pengeluar)
iv) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
v) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
Selain itu, kita juga perlu menyedari beberapa perkara yang menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna.
i) Kesedaran untuk mengkritik
ii) Penglibatan dan tindakan
iii) Tanggungjawab sosial
iv) Kesedaran persekitaran
v) Bersatu padu
Dalam ceramah ini juga turut diselitkan kepentingan pengurusan kewangan yang berguna untuk kita sebagai pengguna. Kesedaran pengurusan kewangan ini sangat penting kerana ia memberikan kesedaran kepada kita mengenai keperluan untuk membuat bajet bulanan agar perbelanjaan kita tidak melebihi pendapatan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kepentingan dan hak kita sebagai seorang pengguna anda boleh melayari http://www.kkk.org.my/. Sebarang aduan mengenai kepenggunaan boleh diajukan melalu e aduan di http://www.nccc.org.my/ atau email kepada myaduan@nccc.org.my. Anda juga boleh menghubungi talian 03-78779000 untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenainya.

No comments:

Post a Comment