Monday, June 1, 2009

VISI, MISI DAN PIAGAM PELANGGAN UNIT HAL EHWAL PESERTA ELTC

1. LATAR BELAKANG : 1.1 Proses melahirkan guru yang berkualiti seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru sebenarnya merupakan satu usaha yang mencabar dan berterusan. 1.2 Unit Hal Ehwal Peserta diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan komitmen guru dalam pembinaan sikap dan sahsiah positif ke arah meningkatkan kualiti dan kemahiran guru khasnya dalam pengajaran Bahasa Inggeris serta matapelajaran seperti Sains dan Matematik yang menggunakan bahasa tersebut. 1.3 Unit Hal Ehwal Peserta ini juga seharusnya dapat membantu menangani agenda dan hal yang berkaitan dengan pengurusan peserta kursus yang dianjurkan oleh ELTC. 3. VISI Menjadikan ELTC sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan dan kebajikan Peserta Kursus Dalam Perkhidmatan. 4. MISI Beriltizam untuk merangsang peningkatan dan perkembangan kendiri peserta, meningkatkan disiplin peserta dan mengurus kebajikan dan keselamatan peserta. 5. PIAGAM PELANGGAN Unit Hal Ehwal Peserta akan ; 5.1 Memupuk dan menigkatkan sikap dan sahsiah murni peserta kursus. 5.2 Memastikan peserta kursus mendapat tempat tinggal yang selesa di Hostel ELTC sepanjang berkursus. 5.3 Menguatkuasakan peraturan dan disiplin pusat dengan adil dan saksama. 5.4 Melaksanakan program penyuburan diri peserta seperti diarahkan oleh pihak BPG. 5.5 Meningkatkan lagi tahap pemantauan disiplin dikalangan pelajar. 5.6 Mengendalikan kes-kes disiplin mengikut peraturan yang ditetapkan. 5.7 Menguruskan hal-hal kebajikan peserta dengan sempurna. 5.8 Memastikan keselamatan peserta semasa belajar dan tinggal di kolej kediaman terjamin. 5.9 Menguruskan maklumat-maklumat pelajar untuk pembayaran elaun oleh kerani elaun. 5.10 Memastikan pendaftaran pelajar baru dilaksanakan dengan sempurna. 5.11 Melaksanakan pengurusan pelajar baru dengan berkesan. 5.12 Menguruskan penempatan pelajar seperti yang ditetapkan oleh BPG. 5.13 Memastikan pelaksanaan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak Pentadbiran dijalankan dengan sempurna. 5.14. Memastikan maklumat pelajar lengkap dan sentiasa kemas kini . 5.15 Memastikan pelajar-pelajar bermasalah mendapat bimbingan dan kaunseling dengan sewajarnya. 5.16 Menguruskan Perjanjian Pelajar dengan cepat dan menepati keperluan Pentadbiran. 5.17 Menguruskan hal berkaitan Tukar Pusat Kursus, Tangguh Kursus dan Permohonan Perkahwinan dengan cepat dan menepati keperluan Pentadbiran. 5.18 Menyediakan Kad Metrik dan Kad Asrama dalam tempoh tidak lewat dari satu bulan selepas Pendaftaran.

No comments: