Tuesday, June 9, 2009

Tahniah Graduan KSPK 2008

Pada 29 Mei 2009, buat kali pertamanya English Language Teaching Centre telah mengadakan Konvokesyen untuk peserta Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) 2008. Penganjuran Konvokesyen Zon Tengah yang telah diadakan di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya telah dibuat oleh Bahagian Pendidikan Guru. Sebanyak 7 IPG yang terlibat iaitu ELTC, IPG Bahasa Antarabangsa, IPG Ilmu Khas, IPG Bahasa Melayu, IPG Teknik, IPG Islam dan IPG Raja Melewar. Penyertaan kali pertama ELTC dalam konvokesyen berpusat ini memberikan kenangan manis kepada 11 orang graduan KSPK 2008 kerana mereka adalah 'batch' pertama KSPK dari ELTC yang menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Penglibatan dan komitmen semua IPG yang terlibat membawa makna setia kawan dan toleransi antara IPG Zon Tengah. Semoga Kalobarasi ini akan diteruskan pada masa akan datang. Tahniah IPG Ilmu Khas selaku pengerusi konvokesyen ini kerana telah berjaya mengadakan konvokesyen ini dan terima kasih BPG kerana keprihatinan memberikan peluang kepada kami di ELTC melibatkan diri bersama dalam menjayakan agenda yang sangat bermakna ini.

No comments:

Post a Comment